Welcome note ! Let's talk here ! |
Contest "ILove MyParents" by Iza
Nak join ? klik banner okayy . Tarikh tutup : 25 APRIL 2012 The person i love the most is my mom and my dad , they are the best parents ever i had . I'm so lucky to have them and i will love them forever until the end of my life Sebab sebab saya sayang mak ayah saya kerana mereka yang terbaik di mata saya . Tanpa mereka saya tidak akan wujud di dunia ini . Terima kasih mak ! Terima kasih ayah ! Sejak kali pertama dilahirkan di dunia ini mak ayah laa orang pertama yang saya kenal walaupun saya tidak pandai bercakap . Bila saya darjah satu mak laa yang teman saya , Mak ayah laa yang bekerja keras untuk sara hidup saya dan adik beradik . Ayah saya seorang yang sangat tegas dan seorang yang funny . Ayah saya suka sakat anak anak dia dan buat kami sekeluarga ketawa sampai tak ingat dunia . Suatu haritu , ayah buat shuffle kat Giant banyak mata memandang tapi ayah buat tak tau jaa . Masa yang sama ayah dukung saya sebab saya mengada suruh ayah dukung , umur saya masa itu 17 tahun . Lepas tu ayah gelak gelak . Sweet Memory Kalau ayah marah ayah akan diam saja . Mak pulak seorang yang tegas jugak . Mak selalu bagi nasihat dekat kami adik beradik mak ayah selalu tegur kami adik beradik . Kalau dulu masih mentah , bila mak ayah marah saya kata mak ayah tak sayang saya . Tapi bila dah matang sedikit baru faham marah tandanya sayang . Nilai kasih sayang yang mak ayah curahkan memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit even 1 sen . Saya sayang sangat dekat mereka , mereka laa satu satunya ibu bapa yang saya ada . Tiada seorang pun yang boleh jadi macam mereka , tiada seorang pun yang boleh ganti mereka . They are the only one ! Bila saya susah mereka sentiasa ada disisi daya , bila saya senang mereka tumpang gembira . Bila ada masa terluang mesti kami bergurau senda sampai tak ingat dunia . Kadang kadang bila mak ayah pergi kursus lama lama mesti rasa rindu then telefon mereka . Ternyata kasih sayang kepada ibu bapa melebihi segala galanya Hadiah yang paling berharga buat ibu bapa saya ialah saya tak akan tinggal mereka walau apa pun yang berlaku . Saya akan jaga mereka selagi nyawa dikandung badan . Saya akan doakan mereka sentiasa sihat dan dikelilingi oleh kami adik beradik dan orang yang tersayang . Buat masa sekarang hadiah yang berharga ialah kasih sayang yang tidak ternilai , dengar cakap mereka lagipun syurga di bawah telapak kaki ibu . Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya . Semoga umur mereka masih panjang Sponsor : 2 beautiful ♥ |